KUALA TERENGGANU 22 Jan. – Ekoran kemelut yang melanda Terengganu City FC (TCFC) khususnya isu tunggakan gaji bekas pemain dan jurulatih skuad itu, kerajaan negeri bersedia menjadi pemudah cara dalam membantu pasukan itu mendapatkan penajaan. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri boleh mengaturkan pertemuan antara pasukan itu dengan mana-mana penaja berpotensi di samping mengusahakan surat sokongan bagi memudahkan urusan tersebut. Katanya, kerajaan negeri menghargai pencapaian TCFC dalam…










