KUALA LUMPUR 19 Jan. – Tindakan undang-undang yang difailkan oleh pejabat Peguam Negara bagi pihak masyarakat Orang Asli Temiar terhadap kerajaan negeri Kelantan hari ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited melindungi hak masyarakat Orang asli di negara ini secara sah di sisi undang-undang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, Kerajaan Persekutuan sangat prihatin terhadap penafian hak Orang Asli untuk menentukan masa depan sendiri selaras…










