SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 56 tahun dibelasah oleh dua jirannya gara-gara membuang sisa makanan kucing dari rumahnya di tingkat satu Flat Cempaka D, Seremban 2 dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengahari itu, mangsa dibelasah oleh dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 20 tahun dengan menggunakan sebatang rotan dan penyangkut baju. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban petang semalam. “Berdasarkan aduan diterima, dua suspek yang merupakan jiran mangsa datang ke rumah mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya