Kementerian Wilayah tumpu pembangunan semula bangunan lama PPR - Utusan Malaysia

Kementerian Wilayah tumpu pembangunan semula bangunan lama PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan akan meneruskan projek pembangunan semula bandar dengan menumpukan bangunan-bangunan lama projek perumahan rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pembangunan semula berkenaan akan membabitkan flat berketinggian lima tingkat yang akan diberi secara percuma kepada pemilik lama.

“Tanah-tanah di PPR lama ini akan digunakan secara optimum iaitu bakal dibangunkan semula dengan bangunan pangsapuri mampu milik lebih tinggi dan banyak serta lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan program sambutan Hari Wilayah 2019 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ia akan dilaksanakan sebagaimana projek yang dilakukan di Bandar Tun Razak membabitkan bangunan lima tingkat seperti Sri Labuan bersaiz 400 kaki persegi yang diganti dengan rumah mampu milik secara percuma kepada pemilik lama.

Khalid berkata, bangunan flat lama yang mempunyai sebilik atau dua bilik tidak lagi sesuai untuk didiami sesebuah keluarga pada masa kini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×