KANGAR 13 Jan. – Umat Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan as-sunnah tatkala diuji dalam kehidupan bagi memastikan tidak terpesong daripada landasan keimanan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menasihatkan umat Islam supaya tidak hilang pedoman dan bertindak mengikut hawa nafsu jika ditimpa ujian. “Al-Quran dan as-sunnahlah memimpin manusia ke jalan yang benar sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. “Jika seluruh umat Islam berpegang teguh kepadanya, nescaya ummah akan menjadi kukuh dan segala konflik dapat dielakkan. “Ia seterusnya menatijahkan keberhasilan dan kejayaan terhadap segala perancangan pembangunan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya