Kayveas dilarang guna logo MyPPP - Utusan Malaysia

Kayveas dilarang guna logo MyPPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Bekas Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas dilarang untuk menggunakan logo parti itu jika tetap mahu bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari ini.

Presiden MyPPP, Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz berkata, ini kerana, keputusan yang dibuatnya tidak mendapat persetujuan majlis tertinggi parti selain mendakwa Kayveas bukan lagi ahli serta presiden parti.

“Beliau (Kayveas) telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK Cameron Highlands atas tiket MyPPP, tetapi tindakannya itu tidak mendapat persetujuan daripada majlis tertinggi parti yang sah.

“Jika beliau tetap mahu menggunakan logo MyPPP, pihak kami akan mempertikaikan perkara itu dan dibawa ke peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden Kanan MyPPP, Datuk Loga Bala Mohan.

Kayveas pada Ahad lalu telah menyatakan hasratnya untuk bertanding pada PRK itu sekali gus menyifatkan keputusan berkenaan merupakan yang pertama selepas mereka keluar dari Barisan Nasional (BN) pada 19 Mei 2018, selepas BN kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×