KENINGAU 3 Jan. – Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam menjadi pilihan murid di sekolah luar bandar di daerah ini yang kebanyakan mereka berjalan kaki ke sekolah dengan menempuh jalan berselut. Ini kerana kasut berwarna hitam yang dipakai tidak terlalu menampakkan kotoran selut berbanding pemakaian kasut sekolah berwarna putih sebelum ini. Penyelia Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Jebin Tamin berkata dapatan pemantauan sejak bermula sesi persekolahan pertama bagi…










