KUALA LUMPUR 8. – Jabatan Kerja Raya (JKR) menegaskan kaedah sistem cut-off yang diguna pakai dalam penilaian tender mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. JKR dalam kenyataan bagi menjawab isu tersebut berkata, kaedah sistem cut off telah dipersetujui Kementerian Kewangan untuk diterapkan dalam sistem penilaian tender dan diguna pakai oleh semua kementerian. “Dengan menggunakan sistem cut-off, JKR telah berjaya membendung isu ketirisan berbanding kaedah perolehan kerja lama yang berasaskan anggaran…










