LIPIS 19 Jan.- Penganjuran Karnival Usahawan Asas Tani (IAT) peringkat negeri yang diadakan di Felda Sungai Koyan 1 di Lipis hari ini tidak melibatkan aset dan dana kerajaan Pusat. NAZRI Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Seri Nazri Ngah berkata, sebaliknya, karnival tersebut merupakan penganjuran kerajaan negeri Pahang bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan penduduk. Malah beliau berkata, tarikh penganjuran karnival tersebut adalah…










