Kampus segar tanpa asap rokok - Utusan Malaysia

Kampus segar tanpa asap rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KETEGASAN Kementerian Kesihatan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di premis makanan amat dipuji.

Baru-baru ini kementerian turut bercadang memperluaskan larangan ini di semua institusi pengajian tinggi pula. Setahu saya, kesemua 20 universiti awam telah lama menjadikan kampus masing-masing sebagai kawasan larangan merokok dan vape dengan kaedah penguatkuasaan dan pencegahan tersendiri.

Kesan awal daripada langkah penguatkuasaan merokok di kampus akan mewujudkan persekitaran pusat pengajian yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai sebuah institusi keilmuan, adalah tidak kena jika mereka yang berada di universiti menyumbang kepada gejala tidak sihat berkaitan rokok seterusnya memudaratkan pula kesihatan warga kampus.

Misalnya apabila mahasiswa tidak terdedah dengan rokok secara langsung di dalam kampus, fokus mereka kepada aktiviti pengkuliahan lebih baik, persekitaran udara kampus juga pastinya lebih bersih dan segar.

Aspek penjimatan kewangan peribadi juga boleh berlaku kerana kekerapan merokok dalam sehari itu dapat dikurangkan secara signifikan. Bilangan perokok baharu juga dapat dikekang kerana pendedahan langsung kepada rokok di dalam kampus adalah minima.

Penguatkuasaan kampus sebagai kawasan larangan merokok juga perlu diiringi tindakan berbentuk advokasi dan pendidikan kepada warga kampus mengenai bahana merokok.

Justeru ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam membangun budaya ini yang digerakkan secara holistik dan mampan oleh pensyarah, Majlis Perwakilan Pelajar dan pentadbir universiti.

Jika masing-masing memainkan peranan, tidak mustahil sasaran untuk menurunkan jumlah perokok di Malaysia dapat tercapai kepada 15 peratus menjelang 2025.

ZAINI OTHMAN
Pentadbir USIM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×