BEREGU lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang layak ke perlawanan akhir kejohanan badminton Malaysia Masters apabila menyingkirkan rakan sepasukan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Ee Yi-Yew Sin memenangi perlawanan itu dengan keputusan 21-6, 18-21, 21-19 pada aksi separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Terdahulu, Ee Yi-Yew Sin berdepan tentangan sengit beregu muda tersebut, namun faktor pengalaman nyata memberi kelebihan buat mereka,…










