Kaki kanak-kanak 6 tahun tersepit ketika sedang bermain - Utusan Malaysia

Kaki kanak-kanak 6 tahun tersepit ketika sedang bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 14 Jan. – Keseronokan seorang kanak-kanak bermain bersama rakannya bertukar perit apabila kakinya tersepit pada tempat pengayuh basikal dalam satu kejadian di Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, di sini petang tadi.

Ekoran kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun tersebut terpaksa menahan sakit selama 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius yang dialami kanak-kanak terbabit, hanya cedera ringan pada kaki bahagian kiri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.22 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kami tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati kaki kiri kanak-kanak terbabit masih tersepit di celah pengayuh basikal berkenaan.

“Bomba memotong pengayuh basikal berkenaan sebelum kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tambah Zaidi, sejurus kaki mangsa dikeluarkan, ahli keluarganya menghantar kanak-kanak terbabit ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN