Juventus dimalukan Atalanta - Utusan Malaysia

Juventus dimalukan Atalanta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 31 Jan. – Juventus yang dibarisi pemain bintang mencatat kekalahan pertama dan paling memalukan musim ini apabila dibelasah Atalanta 0-3 pada suku akhir Piala Itali sekaligus tersingkir dan gagal mempertahankan kejuaraan.

Menyertai juara empat kali Piala Itali itu adalah AS Roma yang mencatat kekalahan lebih memalukan apabila dibelasah 1-7 oleh Fiorentina dalam satu lagi suku akhir.

Walaupun menurunkan Cristiano Ronaldo dalam aksi tersebut, Juventus gagal mencipta sebarang jaringan ditambah dengan kepincangan di benteng pertahanan selepas Giorgio Chiellini terpaksa dibawa keluar kerana mengalami kecederaan di babak pertama permainan.

Ini jelas diambil kesempatan Atalanta untuk memperoleh jaringan menerusi dua gol Duvan Zapata dan datu gol Timothy Castagne untuk menempah pertemuan dengan Fiorentina di separuh akhir.

“Inilah manusia kerana kita tidak selalunya berada di atas. Jadi lupakan kekalahan ini dan tumpu kepada aksi Serie A menentang Parma selepas ini,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.

Terdahulu Tuscany Federico Chiesa muncul wira Fiorentina apabila mencipta hatrik ketika memalukan Roma. Ini merupakan kejayaan yang melegakan Fiorentina selepas bermula hambar dan bergelut di awal musim. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×