Jurulatih Yajie latih Malaysia - Utusan Malaysia

Jurulatih Yajie latih Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tiada jawatan ketua jurulatih akan diwujudkan, sebaliknya Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) me­lantik Li Rui yang pernah mengesan bakat juara dunia, Si Yajie dan Qin Kai untuk membimbing skuad terjun menghadapi kela­yakan Sukan Olimpik 2020.

Warga China berusia 41 tahun itu akan bergandingan dengan jurulatih sedia ada, sama Li Teng dan Christian Brooker, kata Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

“Li Rui sebelum ini melatih sebuah kelab di Kanada selain pernah bekerjasama dengan jurulatih berpengalaman China.

“Ketika di Xianzi, dia juga pernah melatih Si Yajie dan Qin Kai. Zhao Wei, jurulatih terdahulu kita juga pernah dilatihnya.

“Li Rui akan tiba selepas Tahun Baharu Cina. Tiada ketua jurulatih terjun negara dilantik tetapi kami berharap ketiga-tiga jurulatih ini bergabung tenaga dalam menyalurkan kepakaran dan pengalaman mereka kepada penerjun negara,” katanya.

Menurut Mae, tahun lalu dianggap detik gemilang buat penerjun apabila buat pertama kali merangkul pingat sepanjang empat Siri Terjun Dunia.

“Bagi 2019, fokus utama pe­nerjun negara ialah Kejohanan Dunia di Korea dari 12 hingga 28 Julai ini. Layak ke Olimpik saya rasa tiada masalah hanya berapa atlet yang ke sana, belum pasti,” katanya.

Sementara itu, ASUM akan menggunakan khidmat jurulatih dari Poland, Bartlomiej Kizierowski untuk menggantikan Paul Birmingham yang meletak jawatan sebagai ketua jurulatih renang negara, tahun lalu.

“Kami juga menunggu kelulusan bagi belanjawan tambahan daripada kerajaan untuk membawa masuk seorang lagi jurulatih renang dari Amerika Syarikat, Chris Martin,” katanya.

Mereka telah ditemu duga menerusi Skype, namun ASUM yakin skuad renang negara tidak bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan gaya dan tunjuk ajar kedua-duanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN