Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bermesyuarat lebih 3 jam - Utusan Malaysia

Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bermesyuarat lebih 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Daulat Tuanku’ kedengaran selepas selesai mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang selama lebih  tiga jam yang dipengerusikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini,.

Mesyuarat tersebut di sebuah hotel di sini bermula jam 4 petang dan berakhir kira-kira pukul 7.30 malam.

Difahamkan mesyuarat tersebut bagi mendapatkan perkenan memasyhurkan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang.

Media sebelum ini melaporkan Sultan Ahmad Shah bakal menyerahkan takhta kepada anakandanya Tengku Abdullah yang telah menjadi Pemangku Raja Pahang sejak 28 Disember 2016.

Mesyuarat itu, yang dihadiri kerabat diraja Pahang, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan exco kerajaan negeri serta Orang Besar Berempat, diadakan selepas Majlis Pengurniaan Suratcara Pelantikan Setiausaha Kerjaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×