Jepun jumpa Vietnam di suku akhir - Utusan Malaysia

Jepun jumpa Vietnam di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu 21 Jan. – Jaringan babak pertama Takehiro Tomiyasu cukup untuk membawa Jepun melangkah ke suku akhir Piala Asia buat kali kelapan berturut-turut selepas menumpaskan Arab Saudi 1-0 di Stadium Sharjah, hari ini.

Arab Saudi yang cuba menamatkan kemarau gelaran 23 tahun sejak kali terakhir muncul juara pada 1996 bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan juara empat kali, Jepun.

Tomiyasu meledak gol kemenangan pasukannyapada minit ke-20 selepas melompat tinggi di tengah kawasan penalti lawan sebelum menanduk bola ke penjuru kiri gawang.

Kemenangan bakal menemukan skuad Samurai Blue dengan juara Piala AFF, Vietnam yang terlebih dulu mara selepas menyingkirkan Jordan menerusi penentuan sepakan penalti semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN