KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Fenomena cuaca berikutan ribut tropika Pabuk yang bergerak ke arah barat merentasi kawasan pantai Terengganu dan Kelantan boleh menyebabkan angin kencang melebihi 40 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebih 3.5 meter. Sehubungan itu, Pengarah Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria menasihatkan para penduduk dua negeri berkenaan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti perkapalan serta pantai susulan keadaan angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlarutan hingga esok. Beliau memberitahu, berdasarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning yang dikeluarkan kelmarin, keadaan angin kencang ini turut berisiko mengakibatkan kerosakan kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya