KUALA LUMPUR 8 Jan.- Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini memberi peringatan kepada kesemua 24 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana 2019 supaya melengkapkan pendaftaran pertama pemain pada Khamis ini. Berdasarkan peraturan Liga-M yang ditetapkan, setiap pasukan diwajibkan mendaftar 20 pemain termasuk tiga penjaga gol terlebih dahulu sebelum senarai penuh 30 pemain pada 20 Februari depan. Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. beliau percaya kesemua pasukan tidak mempunyai masalah untuk membuat pendaftaran kerana sudah diberikan masa yang cukup sebaik pendaftaran dibuka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya