LUMUT 3 Jan.- Jabatan Perikanan daerah ini merampas 10 guni benih kerang bernilai RM6,000 dalam serbuan di persisiran pantai Sungai Tiram, Lekir dekat sini semalam. Ketua Pangkalan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Lumut, Mansor Yobe berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai pengutipan benih kerang secara haram di persisiran pantai tersebut. Menurutnya, serbuan dilakukan oleh Cawangan Perlindungan Sumber jabatan itu dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Kampung Acheh. Katanya, serbuan melibatkan seramai 10 anggota dari cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Kampung Acheh dan Pasukan Polis Marin yang digerakkan ke lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya