BAITULMUQADDIS 25 Jan. – Pendakwa raya Israel mengemukakan dakwaan terhadap seorang pelajar berusia 16 tahun yang terbabit dalam insiden membaling batu sehingga mengakibatkan kematian seorang wanita Palestin dalam keretanya. Lapor al-Jazeera, remaja berkenaan yang tidak didedahkan identitinya, merupakan salah seorang daripada lima pelajar yang ditahan susulan insiden tersebut. Wanita itu, Aisha al-Rawbi, 47, maut akibat kecederaan di kepala selepas terkena batu yang dilempar oleh remaja tersebut ketika kereta dipandu oleh suaminya melalui penempatan haram Israel di Tebing Barat pada 12 Oktober lalu. Selain tuduhan membunuh, pendakwa raya juga mengemukakan dakwaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya