Ingat Allah kunci kecemerlangan dalam peperiksaan - Utusan Malaysia

Ingat Allah kunci kecemerlangan dalam peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 23 Jan. – Jika ingin berjaya di dalam sesuatu usaha sentiasalah ingat kepada Allah, sudah pasti Allah akan sentiasa memberkati segala usaha kita.

Itulah pegangan pelajar cemerlang Sijil Menengah Agama (SMA) Selangor kategori lelaki, Muhammad Safwan Mohd. Noor, yang mencatat markah purata sebanyak 99.8 peratus.

Pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya, itu berkata, dia tiada petua khusus kecuali belajar dengan tekun dan sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita perlu ingat segala kejayaan dan usaha kita adalah milik Allah. Maka berserahlah kepada ketentuannya setelah kita berusaha.

“Saya sentiasa berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat jemaah dan saya dengan kawan-kawan sentiasa belajar secara berjemaah,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Majlis Pengisytiharan Keputusan SMA peringkat Selangor dibuat di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman Bukit Cherakah, di sini hari ini.

Sementara itu, pelajar cemerlang bagi kategori perempuan pula, Nur Farisha Syazrina Rosli berkata, untuk berjaya seseorang pelajar perlu banyak beristighfar.

Dia yang juga pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari berkata, walaupun ia kedengaran mudah tetapi orang yang mengucapkan kalimah tersebut mendapat banyak manfaat.

“Satu lagi kita jangan kedekut ilmu kerana ilmu yang kita dapat dan fahami itu perlu dikongsikan supaya ia lebih berkat dan itulah yang saya lakukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×