JAKARTA 4 Jan. – Indonesia akan menghentikan buat sementara waktu penghantara pelajar negara ini ke universiti-universiti di Taiwan susulan laporan 300 pelajar dipaksa bekerja di beberapa kilang di negara itu. Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Armanatha Nasir menerusi kenyataan berkata, pihaknya sudah meminta penjelasan daripada pihak berkuasa Taiwan bagi memastikan keselamatan kesemua pelajar tersebut. Kementerian Taiwan semalam menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ia tidak melanggar undang-undang tempatan. Indonesia menghantar sejumlah pelajarnya ke Taiwan menerusi program kerja sambil belajar yang membenarkan mereka membuat latihan industri sambil belajar. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya