SHAH ALAM 8 Jan. – Seramai 68 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam satu operasi melibatkan lapan lokasi berasingan di beberapa daerah di negeri ini semalam. Operasi yang bermula pukul 12.30 tengah hari semalam dan berakhir awal pagi kira-kira pukul 2.30 pagi itu menyasarkan premis makanan, kedai runcit dan kediaman setinggan di Klang, Petaling Jaya dan Batu Caves. Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Shukri Nawi berkata, bertindak atas maklumat awam, pihaknya telah memeriksa seramai 83 individu dan menahan 68 warga asing berusia dua hingga 53 tahun terdiri dari warga Indonesia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya