KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sebanyak 229 warga asing diperiksa dalam operasi penguatkuasaan imigresen di beberapa lokasi sekitar Pelabuhan Klang, Bandar Saujana Putra, dan Shah Alam, Selangor, semalam. Operasi disertai oleh 19 pegawai imigresen dari Jabatan Imigresen Negeri Selangor yang bermula pada pukul 4 petang hingga 2.30 pagi itu dijalankan hasil daripada aduan awam. Pengarahnya, Mohamad Shukri Nawi berkata, daripada jumlah yang diperiksa, sebanyak 52 warga asing termasuk 14 wanita…










