Imam dipecat diminta bertenang - Utusan Malaysia

Imam dipecat diminta bertenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Pemecatan 25 orang imam dan 10 lagi yang ditukarkan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan  di luar bidang kuasa kerajaan negeri, kata pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais.

Kerajaan negeri juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu kerana ia adalah urusan MAIPs, katanya.

“Justeru saya berharap imam-imam terlibat bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan nama baik mereka.

“Saya dengar mereka yang tidak berpuas hati akan mengadakan piket di beberapa buah masjid selepas sembahyang Jumaat esok,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi, hari ini.

Ruzaini meminta imam-imam terbabit berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu tindakan sebagai menghormati Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN