SANDAKAN 8 Jan. – Masyarakat perlu mengetahui kepentingan komponen Peranti Arus Baki (PAB) dalam sistem pendawaian elektrik yang mampu melindungi pengguna daripada renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus atau litar pintas, kata Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga (ST) Pantai Timur Sabah Amir Faisal Khamshah hari ini. Menurutnya, analisis yang dijalankan oleh ST mendapati kebanyakan kes kemalangan dan kebakaran yang berlaku berpunca daripada kecuaian pengguna yang tidak mengambil berat soal pendawaian elektrik…










