Human Voyage dilantik sebagai penganjur LTdL 2019 - Utusan Malaysia

Human Voyage dilantik sebagai penganjur LTdL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat pengurusan acara terkenal, Human Voyage (M) Sdn. Bhd., semalam dinamakan sebagai pengurus acara bagi kejohanan berbasikal terbesar di Asia, Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019).

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab memaklumkan Human Voyage (M) Sdn. Bhd. juga telah dilantik sebagai pengurus acara Le Tour de Langkawi 2020 dan Le Tour de Langkawi 2021.

“Saya baharu sahaja terima panggilan daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Ia berkaitan pemilihan tender bagi lantikan syarikat yang akan menganjurkan LTdL bagi tempoh tiga tahun bermula 2019,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×