KUALA LUMPUR 31 Jan. – Kementerian Pengangkutan Singapura mengesahkan telah menerima pembayaran kos penangguhan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) daripada kerajaan Malaysia. Menurut kenyataan dalam portal rasmi kementerian tersebut, kerajaan Singapura telah dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia mengenai perkara tersebut menerusi koresponden diplomatik. “Kami telah menerima pengesahan daripada kerajaan Malaysia melalui koresponden diplomatik bahawa mereka telah memaklumkan mengenai bayaran kos penangguhan yang ditanggung kerajaan Singapura dengan menangguhkan projek…










