SPESIES Hoya carnosa ini adalah daripada keluarga tumbuhan Asclepiadaceae. Pokok ini dapat dilihat tumbuh secara meliar memanjat batang pokok lain dan bergantungan. Justeru, ia sesuai dijadikan tanaman pemanjat seperti memanjat batang kayu atau boleh juga ditanam sebagai tanaman gantung. Bunganya adalah daripada jenis majmuk tampil dalam gugusan serta mengeluarkan bau yang harum terutama pada waktu malam. Kuntuman bunganya berbentuk unik seakan-akan bentuk bintang yang terdiri daripada lima kelopak berwarna merah…










