TAMPIN 23 Jan. – Seorang lelaki yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi di Gemas dekat sini, hari ini mengaku mengambil dadah jenis syabu bagi menahan sakit akibat kanser perut yang dialaminya. Pengarah AADK negeri, Nazira Sadiron berkata, lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai menghidap kanser tahap dua sejak tahun lalu itu ditahan di rumah keluarganya kira-kira pukul 1 pagi. “Dia yang tidak bekerja tinggal bersama ibunya dan dipercayai…










