KOTA BHARU 8 Jan. – Anggota polis trafik yang dikatakan telah menendang seorang remaja dalam video yang tular di laman sosial sejak semalam turut mengalami kecederaan kerana terjatuh daripada motosikalnya disebabkan dihimpit oleh mangsa sebelum kejadian tersebut. HASANUDDIN Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, anggota tersebut dikatakan telah menahan mangsa yang berusia 17 tahun itu di lampu isyarat Persimpangan Tok Hakim tetapi dia tidak berhenti serta melarikan diri. Beliau berkata, ketika dikejar, remaja itu dikatakan telah menghimpit motosikal anggota berkenaan sehingga terjatuh. “Anggota yang mengalami kecederaan ini dikatakan kemudiannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya