PUTRAJAYA 7 Jan.- Hasil kutipan cukai pelancongan tetap diagihkan kepada semua negeri tanpa mengira sama ada kerajaan negeri berkenaan masih berhutang dengan kerajaan atau terdapat tunggakan hutang yang belum dijelaskan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, agihan hasil itu akan dilakukan setelah perakaunan hasil cukai pelancongan untuk tahun lalu dimuktamadkan dan pembayaran sebanyak 50 peratus akan dilakukan dalam suku pertama tahun ini. “Pembayaran hasil cukai pelancongan masih belum dilakukan dan…










