CERIA. Seramai 72 orang ahli keluarga Ahmad Taib dan Aminah Bongsu Majid menghadiri sambutan hari keluarga yang diadakan di Kimi Resort Chalet, Lekir, Sitiawan, Perak baru-baru ini.
Program itu diadakan antara lain untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim sesama ahli keluarga.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah termasuk bacaan Yasin dan Tahlil bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia, acara sukaneka dan sesi cabutan bertuah serta pertukaran hadiah sesama ahli keluarga.










