PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dikekalkan pada RM1.98 dan RM2.28 seliter bagi tempoh bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Februari depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel pula dinaikkan sebanyak 1 sen iaitu daripada RM2.17 kepada RM2.18 seliter untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). Menurutnya, harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia bagi diesel ketika ini berada pada paras AS$73 (RM301.34) setong berbanding RON95 iaitu AS$62 (RM255.94) setong. “Sepertimana yang telah dijanjikan, kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya