Halim Saad jual saham Sumatec pada nilai 1 sen - Utusan Malaysia

Halim Saad jual saham Sumatec pada nilai 1 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 JAN. – TAN Sri Halim Saad melupuskan pegangan hampir 63 juta saham dalam Sumatec Resources Bhd. (Sumatec) pada harga purata satu sen sesaham dengan nilai RM627,480 pada minggu lalu.

HALIM SAAD
HALIM SAAD 

Harga purata itu merupakan yang terendah pernah dicapai oleh syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu.

Sumatec dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pelupusan itu menyebabkan pegangan beliau dalam syarikat menurun kepada 332.04 juta atau 7.81 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumatec merupakan syarikat berstatus Nota Amalan (PN17).

Halim pada 20 Disember tahun lalu telah melupuskan 54.39 juta saham dengan nilai RM543,900.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 September, Sumatec mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM1.91 juta dengan perolehan sebanyak RM2.98 juta.

Beberapa tindakan syarikat itu telah menarik perhatian dan teguran daripada Bursa Malaysia.

Sumatec melaporkan untung yang tidak diaudit kepada pemilik syarikat sebanyak RM27.37 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2016 pada 28 Februari 2017.

Bagaimanapun, syarikat melaporkan kerugian yang diaudit sebanyak RM62.02 juta dalam penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 yang diumumkan pada 28 April 2017.

Menurut Bursa Malaysia, Sumatec gagal memastikan laporan sukuan 2016 mengambil kira pelarasan yang diumumkan pada 28 April 2017.

“Kegagalan pelarasan itu disebabkan kegagalan syarikat untuk melakukan penilaian yang wajar dan munasabah serta membuat peruntukan liabiliti berjumlah RM71.42 juta dan rosot nilai aset sebanyak RM10.34 juta meng­ikut standard perakaunan yang berkaitan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×