Guru heret pelajar autistik disiasat - Utusan Malaysia

Guru heret pelajar autistik disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENTUCKY 9 Jan.- Seorang guru disiasat polis selepas tindakannya mengheret seorang pelajar autistik berusia sembilan tahun didedahkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pegawai polis Kentucky, David Boarman mengesahkan Trina Abrams telah didakwa atas kesalahan melakukan kekasaran tahap tiga terhadap mangsa berusia bawah 12 tahun.

Selain itu, bekas guru pendidikan khas itu juga telah dipecat daripada jawatannya oleh pihak Greenup County Cshool District.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Sekolah Rendah Wurtland, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN