KUALA LUMPUR 24 Jan. – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewajarnya tidak menyalahgunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan dengan bermain politik dan perlu kembali fokus meningkatkan ekonomi negara serta pendapatan rakyat. Tindakan Guan Eng yang mempersoal kedudukan hutang Kerajaan Pahang menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Sabtu ini juga dianggap sebagai tidak profesional. Pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya…










