KUALA LUMPUR 31 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa nilai mata wang ringgit kini mencatat nilai paling rendah dalam sejarah berbanding baht Thailand. Menurut ahli Parlimen Pekan itu, nilai ringgit merosot selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga kini mencecah 100 baht bersamaan RM13.15. Sambil berkongsi graf perbandingan kedua-dua mata wang itu sejak 2017, Najib menyindir pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang suatu masa dahulu mengkritik…