PUTRAJAYA 8 Jan. – ‘Serangan’ kerajaan negeri Sarawak terhadap Kerajaan Pusat berhubung isu pembayaran cukai pelancongan baru-baru ini didakwa sebagai satu persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri dua tahun lagi. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan negeri itu akan berterusan menyerang bagi menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak terhadap Kerajaan Pusat. Menurutnya, Kerajaan Pusat terbuka menerima kritikan daripada pihak-pihak lain termasuk kerajaan-kerajaan negeri tetapi perlulah mengikut fakta dan angka…










