Gerai tepi jalan juga kena pasang papan tanda - Utusan Malaysia

Gerai tepi jalan juga kena pasang papan tanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tahap pemahaman pemilik gerai di tepi jalan di Selangor khususnya berkaitan pemasangan papan tanda larangan merokok didapati masih rendah iaitu di bawah 50 peratus.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, pemilik didapati keliru berikutan mereka menyangka pemasangan papan tanda itu hanya tertakluk kepada restoran berskala besar.

“Semua restoran, warung, trak makanan atau food truck serta gerai makanan adalah tertakluk kepada pewartaan larangan merokok yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu. 

“Selagi mereka menjual, menyediakan atau menghidang adalah diwajibkan bagi memasang papan tanda larangan merokok itu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa   program penguatkuasaan pendidikan kawasan larangan merokok di sekitar daerah ini hari ini. 

Beliau memberitahu, ukuran papan tanda tersebut harus mempunyai ukuran 50 sentimeter (cm) tinggi dan 40 cm lebar daripada bahan keras dan tahan lama.

Ujarnya, mereka yang gagal melaksanakan pemasangan papan tanda sehingga 30 Jun ini boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 hingga 6 bulan penjara mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

“Bagi operasi di sekitar Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas dan Taman Rakyat Sri Andalas hari ini sebanyak 68 premis telah diperiksa setakat tengahari ini dengan 18 notis amaran telah dikeluarkan kepada pemilik gerai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN