Geng Apeng terlibat 36 kes pecah kenderaan tumpas - Utusan Malaysia

Geng Apeng terlibat 36 kes pecah kenderaan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kegiatan sekumpulan lelaki yang giat melakukan 36 kes pecah cermin kenderaan tahun lalu terkubur selepas dua lelaki termasuk ketua Geng Apeng ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar ini.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan sepasukan khas polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam dua serbuan berasingan pada 20 Disember tahun lalu dan 4 Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kumpulan tersebut mendapat gelaran tersebut berikutan nama ketuanya berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Apeng dan giat melakukan pecah cermin kereta menggunakan palam pencucuh kenderaan yang diubah suai.

“Kita mengesan kumpulan ini sejak awal tahun 2018 lagi sebelum satu pasukan khas ditubuhkan untuk menumpaskan mereka. Nilai kerugian dalam 36 kes ini amat tinggi dan mendatangkan kegusaran masyarakat.

“Polis menahan konconya berusia 23 tahun pada 20 Disember lalu, dan lelaki itu telah dituduh di mahkamah baru-baru ini. Hasil maklumat kita tahan pula Apeng di Lorong Huda, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang di sini pada pukul 6.20 petang, 4 Januari lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, siasatan mendapati ahli kumpulan ini bergerak menaiki motosikal semasa mencari mangsanya dan cermin kereta akan dipecahkan menggunakan palam pencucuh yang diubah suai itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN