KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Rantau Sumba, Indonesia pada kira-kira pukul 8.36 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu berlaku pada jarak 233 (kilometer) km ke selatan Bima, Indonesia. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama









