Garis panduan ICO pada Mac 2019 - Utusan Malaysia

Garis panduan ICO pada Mac 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan garis panduan tawaran syiling permulaan (ICO) akan dikeluarkan pada akhir suku pertama 2019.

Sehubungan itu, SC berkata, aktiviti ICO yang sedang berjalan perlu diberhentikan dan mengembalikan semua wang atau aset digital yang telah dikumpulkan daripada pelabur.

Katanya, tidak ada sesiapa boleh melaksanakan ICO tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada SC.

“SC juga tidak membenarkan pengendali platform aset digital untuk menerima pelabur baharu dalam tempoh peralihan sehingga 1 Mac 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN