TAWAU 28 Jan. – Umat Islam perlu terus berganding bahu bagi memastikan kelangsungan perpaduan rakyat berbilang kaum dapat diperkukuhkan, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Osman Jamal. Osman Jamal Beliau berkata perkara itu boleh dilakukan dengan cara meneladani sifat mulia Rasulullah SAW termasuk menyantuni semua pihak. “Berbaik dengan semua orang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri malahan rahmatnya dapat dinikmati seluruh masyarakat,” katanya ketika merasmikan Tilawah al-Quran peringkat Perbandaran Tawau di sini malam tadi. Beliau berkata umat Islam juga dituntut menjadikan ajaran al-Quran sebagai panduan dan dipraktikkan dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya