JEMPOL 24 Jan. – Menitis air mata seorang anak gadis apabila mengenangkan derita yang datang bertimpa-timpa ke atas keluarganya. Bagi Farida Hamimi Zulkarnain, 26, dia kini menjadi harapan untuk menjaga bapa, Zulkarnain Mohamad, 57, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dan abang sulung, Muhammad Shahir Bukti Zulkarnain, 31, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Sebelum ini, dia turut menjaga ibunya, Zaiton Jaafar, 58, yang menghidap penyakit kan-ser rahim…










