Jun 2018, Bahar buka topi keledar, letakkan di dalam bakul depan motosikalnya. Jam di tangan baru pukul 7.30 pagi. Masih awal. Pejabat syarikat hartanah tempatnya bekerja di tingkat tiga bangunan itu hanya dibuka pada pukul 9 nanti. Ada sejam setengah lagi. Hendak masuk ke pejabat dan berehat di surau, masih awal sangat. Hendak duduk di tempat parkir ini, bosan pula apabila lihat ada seorang lelaki sedang merokok di atas motosikal,…










