MANILA 23 Jan. – Kanak-kanak berusia 12 tahun boleh dipenjarakan di bawah satu rang undang-undang yang disokong oleh ahli Parlimen negara ini. Rang undang-undang berkenaan adalah antara langkah yang dilakukan oleh Presiden Rodrigo Duterte untuk meneruskan kempennya memerangi dadah serta jenayah. Sekutu Duterte pada mulanya mencadangkan had ‘umur liabiliti jenayah’ kepada sembilan tahun tetapi selepas tercetusnya kemarahan orang ramai, Dewan Rakyat bersetuju meletakkan had umur kepada 12 tahun serta meluluskan…









