KUANTAN – Pihak pengurusan Felda United FC (FUFC) sedang giat mencari dana bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji para pegawai dan pemainnya. Situasi pertama kali yang dihadapi skuad The Fighters itu menyebabkan tunggakan gaji selama tiga bulan bermula September hingga November lalu. Presiden FUFC, Datuk Ab Ghani Mohd Ali berkata, pihaknya tidak menyangka masalah berkenaan wujud setelah kelabnya ditubuhkan sejak 11 tahun lalu. “Ini adalah kejadian pertama yang kami lalui dan…










