Federer, Djokovic 
buru gelaran ketujuh - Utusan Malaysia

Federer, Djokovic 
buru gelaran ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 9 Jan. – Pemain berusia lingkungan 30-an, Roger Federer dan Novak Djokovic berkongsi rekod enam kemenangan Terbuka Australia, tetapi salah seorang daripada mereka akan mencipta sejarah merangkul gelaran ketujuh apabila pertandingan bertaraf Grand Slam itu bermula, Isnin depan.

Kedua-dua pemain itu berdepan saingan pemain mu­da, Alexander Zve­rev yang berhasrat merangkul gelaran utama sulungnya. Bagaimanapun, persoalannya sekarang adalah kecergasan Rafael Nadal dan Andy Murray yang mampu menjadikan saingan lebih sengit jika mereka cergas sepenuhnya.

Nadal, 32, yang berada dalam ranking No. 2 dunia, menarik diri daripada kejohanan pemanas badan di Brisbane berikutan ketegangan paha kirinya, meskipun sebelum ini, bintang Sepanyol itu menyertai perlawanan pertunjukan di Sydney dan menegaskan dia dalam ke­adaan sihat.

Murray, 31, kelihatan berada di bawah tahap prestasi terbaik­nya sewaktu tewas kepada Daniil Medvedev pada pusingan kedua di Brisbane.

“Saya rasa jika kami sihat dan bermain bagus, empat pemain ini mungkin mempunyai peluang terbaik untuk memenangi Grand Slam,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, generasi muda seperti Zverev, Borna Coric, Khachanov dan Tsitsipas masih mampu menjadi ancaman terbesar mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN