Elak detik hitam 1994 berulang - Utusan Malaysia

Elak detik hitam 1994 berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Isu tunggakan gaji yang me­landa bola sepak negara perlu diselesaikan segera bagi mengelak gejala mengatur perlawanan dan tragedi hitam 1994 berulang.

Dunia bola sepak negara pernah digemparkan dengan skandal memalukan 25 tahun lalu apabila lebih 100 individu terdiri daripada pemain serta jurulatih disyaki terlibat dengan aktiviti mengatur perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana.

JAMAL NASIR
JAMAL NASIR 

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail tidak menolak peristiwa hitam itu akan berulang jika pengurusan pasukan bola sepak di negara ini tidak mengambil langkah

Memuatkan artikel berkaitan…

serius dalam menangani permasalahan gaji pemain.

Katanya, pemain Liga Malaysia (Liga M) sentiasa bersikap profesional dengan mematuhi kontrak, namun jika berdepan masalah, tidak mustahil mereka akan terlibat dengan skandal tersebut bagi melunaskan per­belanjaan bulanan.

“Pemain juga manusia, ada tanggungan seperti anak sekolah, hutang bank dan semua ini perlu di­selesaikan, kalau gaji tertunggak, macam mana mereka mahu lunaskan?.

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM 

“Kemungkinan (mengatur perlawanan) ada, bukan ke­rana mereka mahu tetapi kerana terpaksa tetapi ada juga yang jual ‘game’ sebab nak kaya.

“Bagi saya mudah, kalau pa­sukan tidak mampu nak lunaskan, lebih baik digantung daripada Liga Malaysia,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mendedahkan, Liga M mencatat kes tunggakan gaji tertinggi di Asia dengan rekod 262 pemain daripada 14 pasukan.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan masalah seperti itu tidak akan berlaku dalam Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana Harimau Selatan sentiasa menjaga kebajikan pemain.

Katanya, pengurusan JDT sentiasa memberi keutamaan kepada gaji pemain selain turut memberi tumpuan kepada hala tuju pemain muda.

“Gaji dan kebajikan pemain perlu diutamakan daripada sega­lanya.

“Bagi setiap pemain muda di JDT, hala tuju yang ditentukan sangat jelas dan mereka akan merasi nikmat sebagai pemain profesional termasuk tawaran kontrak jangka panjang selain klausa-klausa penting bagi memastikan kelangsungan karier pemain,” katanya menerusi laman JOHOR Southern Tigers.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×